SENI TARI, SENI KRAFTANGAN & SENI VISUAL.
kebudayaan dan perpaduan di Malaysia dari segi seni dan kesenian memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ikatan antara pelbagai kaum dan etnik di negara ini. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budayanya yang dipengaruhi oleh masyarakat Melayu, Cina ,India, serta masyarakat pribumi seperti Orang asli dan etnik Sabah dan Sarawak. Seni dan kesenian yang mencerminkan kepelbagaian ini termasuk seni tari, seni visual dan seni kraftangan.
SENI TARI
TARIAN TRADISIONAL MELAYU
Setiap kaum di Malaysia mempunyai tarian tradisional yang mencerminkan budaya mereka. Antaranya ialah Tarian Zapin (Melayu), Tarian Singa (Cina), Tarian Siam (menora) dan Bharatanatyam (India). Walaupun berbeza, tarian ini sering dipersembahkan dalam acara kebangsaan, sekali gus mengeratkan perpaduan antara kaum.Tarian melayu bukan sahaja memaparkan elemen budaya melayu tetapi juga disertai oleh komuniti lain dalam majlis atau persembahan kebudayaan. Tarian cina pula, sering disaksikan dan dinikmati oleh pelbagai kaum yang memupuk semangat perpaduan. Selain itu, Tarian India juga kadangkala diadakan dalam program kebudayaan antara kaum. Tarian siam di kelantan iaitu menora adalah tarian Siam yang dipersembahkan dalam majlis tertentu. Masyarakat Melayu di Kelantan sering menyaksikan tarian ini sebagai sebahagian daripada keharmonian budaya. Gabungan daripada persembahan tarian dari pelbagai kaum sering berlaku dalam acara-acara kebudayaan seperti Citrawarna atau festival kebudayaan yang memupuk hubungan lebih erat antara etnik.
SENI KRAFTANGAN
BATIK
Secara keseluruhannya, seni dan kesenian di Malaysia bukan sahaja mencerminkan identiti budaya yang pelbagai, tetapi juga berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat berbilang kaum dalam usaha memupuk perpaduan nasional. Seni tari, Seni kraftangan dan Seni visual bukan sahaja memperkayakan budaya tempatan tetapi juga memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Setiap bentuk seni ini menghubungkan pelbagai kominiti melalui penghayatan, penghargaan dan perkongsian keunikan budaya masing-masing.



